Sunday, December 4, 2011

jurnal taipei: Sun Yat-Sen Memorial Hall

location: Chungshan park, Taipei
mrt route: take Bannan line (blue) exit at Sun Yat-Sen Memorial Hall station
dibina untuk memperingati Dr Sun Yat-Sen sebagai Bapa Republik China moden. projek pembinaan yang bermula dari tahun 1964 dan dimulakan setahun kemudian siap dibuka untuk umum pada tahun 1972. luas keseluruhan 115,000 meter persegi.
Dr Sun Yat-Sen memimpin revolusi untuk menjatuhkan monarki Dinasti Qing yang dimulakan dengan peristiwa Kebangkitan Wuchang (Wuchang Uprising) pada 10 Oktober 1911; tarikh ini diraikan setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Republik China.
Sun Yat-Sen dipilih menjadi presiden Republik China pada Disember 1911 namun beliau menyerahkan jawatan tersebut pada tahun 1913 kepada Yuan Shi-Kai yang menguasai angkatan tentera; yang kemudiannya memerintah secara kuku besi, malah mengisytiharkan dirinya sebagai Emperor China pada tahun 1915, menyebabkan pemberontakan berlaku dan akhirnya Yuan Shi-Kai meninggal dunia pada tahun 1916. Gerakan 4 May (May Fourth Movement) oleh kumpulan pelajar pada tahun 1919 yang tidak berpuashati dengan tindakan lemah kerajaan terhadap Perjanjian Versailles seterusnya mewujudkan Parti Komunis China pada tahun 1920.
Sun Yat-Sen menubuhkan semula Koumintang pada tahun 1919 dengan impian untuk menyatukan negeri China, meninggal pada Mac 1925 dan kepimpinannya diambil alih oleh Chiang Kai-Shek yang meneruskan perjuangan menentang parti Komunis yang menyebabkan tercetusnya perang saudara (Chinese Civil War) yang berlarutan sejak sebelum pendudukan Jepun hinggalah setelah tamat perang dunia. pada Oktober 1949, parti komunis mengisytiharkan Republik Rakyat China dan pada Disember 1949, Chiang Kai-Shek mengisytiharkan Taiwan sebagai ibu negeri sementara Republik China.. sampailah sekarang ini kes belum selesai..
depan bangunan ini ada air pancut berirama (betul tu.. pakai lagu cina) dan kawasan koridor bangunan nih bila petang-petang sikit penuh dengan kumpulan budak-budak muda terkinja-kinja menari depan cermin (tak betul.. pakai lagu omputih) dan kat kawasan taman pulak ramai dengan kumpulan orang tua-tua menari poco-poco (betul lagi.. pakai lagu cina juga).. hujung minggu penuh orang bawa anak-anak, mak bapak dan anjing untuk rekreasi.. masa aku pegi tuh ada geng shaolin buat pertunjukan dan ada sekumpulan pemancing angin (main layang-layang).. dan kat sini juga ada istiadat tukar pengawal (the changing of guard) yang sama macam kat Chiang Kai-Shek Memorial Hall..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys