Saturday, December 3, 2011

jurnal taipei: Chiang Kai-Shek Memorial Hall

location: Zhongshan District, Taipei
mrt route: take Danshui line (red) and exit at Chiang Kai-Shek Memorial station
ini pintu gerbang utama yang dikenali sebagai 'the Gate of Great Centrality and Perfect Uprightness' (tulis dalam tulisan cina sebenarnya). ada empat jalan masuk dari setiap sudut dan masing-masing ada pintu gerbang dengan nama masing-masing.
bangunan ini dibina untuk mengingati Presiden Republik China, Chiang Kai-Shek, dimana pembinaannya bermula pada 31 Oktober 1976 (sempena ulangtahun CSK yang ke-90 tahun) dan dibuka secara rasmi pada 5 April 1980 (sempena ulangtahun ke-5 kematian CSK). luas keseluruhan meliputi 250,000 meter persegi.
mula-mula aku pun ingat Republik China sama dengan Republik Rakyat China, rupanya lain dan maka bermulalah pelajaran sejarah negara China moden. ringkasnya Republik China secara rasminya terbentuk pada tahun 1912 di tanah besar China setelah revolusi yang menumbangkan Dinasti Qing, mengakhiri pemerintahan Imperial China yang telah bertapak selama lebih dari dua ribu tahun. Bahagian pertama sejarah Republik China ini berkenaan dengan Sun Yat-Sen dan Chiang Kai-Shek adalah kisah bahagian keduanya.
ketika Parti Komunis menguasai tanah besar China selepas perang sivil 1949, Chiang Kai-Shek (CSK) dari parti Koumintang (parti kebangsaan) mengisytiharkan dirinya sebagai presiden Republik China dan memindahkan pusat pentadbiran ke Taiwan pada tahun 1950 sehinggalah CSK meninggal dunia pada tahun 1975; maka Republik China (ROC) itu merujuk pada Taiwan (yang dikuasai parti Koumintang) dan Republik Rakyat China (PRC) itu merujuk pada tanah besar China (yang dikuasai oleh parti Komunis).
ruangan atas adalah dewan yang menempatkan patung gangsa CSK, yang menjadi tumpuan pelancong untuk melihat istiadat pertukaran pengawal (the changing of the guard) yang diadakan pada setiap jam dari jam 09:00 hingga jam 16:00. bahagian bawah bangunan ini pula terdapat perpustakaan dan museum mengenai CSK dan sejarah Taiwan.
dalam kawasan ini juga terdapat dua bangunan (National Theater dan National Concert Hall) dan beberapa kawasan taman dan kolam buatan. bahagian kosong di tengah antara bangunan memorial dan dua bangunan itu dikenali sebagai 'Liberty Square'; masa aku datang ada pentas konsert yang nyanyi semua orang tua-tua dan kat beranda dua bangunan tuh penuh dengan budak-budak muda berlatih menari depan cermin dan kumpulan orang-orang tua menari poco-poco tapi lagu cina lah.. ;)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys