location: Beitou District, Taipei
mrt route: take Danshui line (red) until Beitou station then change to Xinbeitou station.
from Xinbeitou station, walk along the Zhongshan Road.
ejaan lama Beitou ialah Peitou yang berasal dari perkataan Ketagalan (orang asli Taiwan) iaitu Kipatauw, yang bermaksud 'ahli sihir'. dikatakan hingga sekarang masih wujud kelompok itu yang dikenali oleh warga setempat sebagai 'Fanzaicao'.
dari stesyen mrt Xinbeitou ke kolam air panas nih jalan kaki ikut jalan Zhongshan lebih kurang 15-20 minit. sepanjang jalan tuh ada taman (Qinshui park), spa semulajadi (dalam bangunan mahupun tepi sungai), muzium (Hot Springs Museum dan Ketagalan Cultural Center) dan hotel-hotel.
kawasan ni mula dibangunkan sebagai resort semasa pendudukan Jepun (1895-1945), yang sememangnya terkenal dengan budaya berendam dalam air panas. selain dari tempat mandian hot springs yang terangkai dengan restoran dan hotel, terdapat juga tempat mandian hot springs umum yang percuma. nota: air panas di beitou ini bersifat berasid, maka dinasihatkan jangan memakai barang-barang yang boleh dirosakkan oleh asid, seperti mutiara, ketika mandi-manda.
kolam air panas ini memang merupakan bekas kawah gunung berapi yang meletus. selain dikenali dengan nama kawah ahli sihir (witch's cauldron) kerana bau sulfur dan keadaannya yang sentiasa berasap, ia juga dikenali sebagai lembah neraka (Hell Valley) kerana kepanasannya yang mencapai 100C.
disamping mineral sulfur hijau (green sulfur) yang menjadi sumber haba dan bersifat menghakis (berasid), terdapat juga batuan yang dikenali sebagai Beitou rock (hokutolite) yang mengandungi elemen radioaktif Radium.
biasanya bila ada kolam air panas, ramai orang datang rebus telur. diorang kata kat sini dulu pun ramai orang rebus telur, tapi sekarang dah tak dibenarkan sebab selain mengelakkan kolam nih berbau telur dengan kulit telur bersepah-sepah, ia juga untuk mengelakkan para pengunjungnya merebus diri sendiri kerna terjatuh ke dalam kolam air panas ni.. begitulah ceritanya.. ;)
0 comments:
Post a Comment