Saturday, October 22, 2011

Jurnal Taipei: Yangmingshan


Location: Yangmingshan National Park, northeast Taipei
Highest peak : Mount Cising (Qixing) 1120 meters (3,674 ft)

Hiking Target: Mt Cising main peak
Hiking Distance: 1.6km
Hiking Timing: 2 hours

pendakian pun bermula disela-sela angin sejuk yang menderu-deru, dicelah-celah bau sulfur yang menyengat, disengal-sengal otot-otot kaki yang menegang.. dan dalam kebasahan yang entah kerna renyai pagi atau kabus tebal atau paling mungkin peluh penat..

Gunung Cising (Qixing) yang bermaksud 'Gunung Tujuh Bintang' adalah salah satu daripada kumpulan gunung berapi Tatun.. memang gunung berapi aktif.. dan merupakan puncak tertinggi di Taipei. kawasan ini juga terkenal dengan kolam air panas (hot springs).

keindahan panorama fauna dan batu-batan dan kesegaran hawa dingin nyaman bertarung usaha memujuk mengah nafas dan gigil lutut memanjat tangga batu yang tersusun curam menuju puncak.

nama asal Yangmingshan pada zaman Dinasti Qing ialah Chaosan (Gunung Lalang) sebab zaman tuh gunung ni ada lalang sahaja kerna selalu dibakar untuk menghalang para pencuri sulfur.

pada zaman pendudukan Jepun (1937) tempat ini pertama kali dijadikan taman nasional. presiden chiang kai-shek (1950) tukar nama sempena nama seorang sifu zaman Dinasti Ming, Wang Yangmin.

sang petualang pagi yang gagah menjejak menguasai puncak bersaksikan tiang keramat penanda menguntum senyum puas.

dan aku juga berjaya sampai kat sini.. ternyata ilmu kebal itu tidak cukup dengan kekuatan kuasa batin sahaja tanpa mengendahkan kuasa lutut.. kena usaha keras buang beras dua kampit dulu sebelum memburu percubaan seterusnya.. insya-Allah..
success rate: 50%
total time: 1.5 hours




Monday, October 10, 2011

Jurnal Taipei: Shifen Waterfall



Route by train:
Taipei main station , take Yilan or Hua-Dong line, get off at Ruifang (Reifung) station (~45mins) (rate: NT49 one-way); transfer to Pingxi (Pingsi) line, get off at Shifen station (~30mins)(rate: NT52 all-day); walk from Shifen station alongside with the railroad to Shifen visitor centre (~15mins)(entrance fee: NT80)

inilah rupa stesyen keretapi Shifen, kena lintas rel keretapi ke seberang, sepanjang jalan banyak kedai makan, makanan yg popular sosej babi. Shifen nih dulu pekan lombong arang batu. ada museum lombong arang batu kat lokasi lombong sebenar yang dah lama tutup.

ini jer yg aktiviti yg ada kat jalan keretapi tuh, budak-budak main tanglung, harga NTD100, tulis sendiri kendian tangkap gambar dgn tanglung, pastuh terbangkan entah kemana perginya melayang.

jambatan gantung menuju air terjun, menyusuri sungai Keelung.

Spesifikasi air terjun Shifen:
Ketinggian = 20 meter (66 kaki)
Lebar = 40 meter
(tak boleh mandi, tak boleh memancing)

Little Niagara of Taiwan


#gambar2 cantik dicilok dari BadrolMazlan Studio yg sama2 menahan sakit kaki ;)

Related Posts with Thumbnails

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys